Saturday 20 April 2013

MESTI oh MESTI


Selamat hari sabtu semua.Ok, harini saya nak berkongsi maklumat tentang MESTI. Apa itu MESTI ya. Mesti ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan MESTI ini. MESTI adalah ringkasan kepada Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri. Skim ini diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kiranya, jika anda lihat ja logo ni d produk-produk makanan, anda  tak perlu risau mengenai kandungan makanan, kebersihan dan sebagainya..Dijamin selamat lah produk makanan ini.

Selama 3 hari kami berkampung di Jabaan Pertanian Bukit Temiang untuk mengikuti Kursus ni. Penat jua tapi banyak info-info yang diberikan. Kami juga berpeluang melawat Frutania Industry di Jejawi. Kilang ni dah dapat pensijilan MESTI dan HALAL. Dari pemerhatian yang dibuat, kilang ni memang bersih dan tersusun rapi. Patut la boleh dapat sijil MESTI dan HALAL. 

Lepas ni, Dadih Marissa juga akan memohon sijil MESTI ini supaya para pengguna yakin dan tidak rag-ragu  dengan produk ini. Doakan kami ya....


Taklimat sebelum masuk kilang




Bersama CIk Alia Pegawai Pemakanan dari Jabatan Kesihatan Perlis.



Peserta-peserta bengkel