Monday 14 December 2015

HARI PELADANG SARAWAK : SDSI MELAKA : LANGKAWI

Alhamdulillah harini berkesempatan memenuhi ruang blog dadih marissa. Awal bulan lepas team dadih marissa super busy dengan event event sekitar Malaysia.

Buat kali pertama kami turun di Sarawak. Sambutan orang Sarawak memang power lah. Hari ke 3 di Hari Peladang Penternak & Nelayan Sarawak, stok serbuk dadih marissa licin. Terima kasih kerana memilih produk kami sebagai juadah pencuci mulut anda.

Selepas di Sarawak, kami terus ke Melaka untuk rangka promosi produk di program Satu Desa Satu Industri MITC Melaka. Selama 4 hari berkampung di sini, booth Perlis penuh sesak dengan kebanjiran warga Melaka. 

Dalam pada masa yang sama, team ke2 Dadih Marissa berada di Mahsuri Hall Langkawi untuk rangka promosi SERBUK DADIH HARUMANIS. 

Tamat sudah program-program untuk tahun ini. Alhamdulillah berkat usaha tahun 2015, jenama Dadih Marissa makin dikenali ramai. Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong kami walau dimana anda berada..Anda memang best lah..

 [SDSI MELAKA]

[SDSI MELAKA]

[SDSI MELAKA]

[SDSI MELAKA]

[LANGKAWI]
Excited dapat buat sale laju-laju

[LANGKAWI]


Thursday 19 November 2015

Perkampungan Sunnah Kangar VS Pesta Air Kuala Perlis

Orang-orang Perlis, minggu ni kami akan berkampung di 2 tempat ya..
Buat penggemar tegar Dadih Marissa & Susu, pakat mai beramai-ramai memeriahkan booth kami ya..

1) Perkampungan Sunnah

    Lokasi: Masjid Alwi Kangar
    Masa: 9am - 11pm

2) Pesta Air

    Lokasi: Pelantar Kuala Perlis
    Masa: 9am - 7pm



Monday 16 November 2015

MUDAHNYA MEMBUAT DADIH SEDUT

Nampaknya trend dadih sedut makin mendapat sambutan. Bagi yang masih tercari-cari resepinya, SERBUK DADIH MARISSA ada penyelesaian.

Kandungan SERBUK DADIH MARISSA sudah lengkap dengan susu dan gula. Kandungan 80% susu lembu yang memberi sumber tenaga seharian anda. Hanya perlu tambah air dan 5 minit penyedian.




WAJAH BARU

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera





Saya ingin perkenalkan packaging terbaru SERBUK DADIH MARISSA yang semakin mendapat pemintaan yang tinggi buat penggemar DADIH. Anda wajib mencuba keenakan DADIH MARISSA ini yang mengandungi 80% SUSU LEMBU bernutrisi tinggi dan kaya dengan protein dan kalsium.

Produk ini telah mendapat pensijilan HALAL dari JAKIM dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MeSTI).

Kelebihan SERBUK DADIH MARISSA ini ialah anda hanya perlu tambah air sahaja dan hanya mengambil masa 5 minit untuk penyediaan.

Terdapat 5 pilihan Perisa:
1) ASLI
2) JAGUNG
3) KELADI
4) STRAWBERI
5) COKLAT
Penghantaran percuma sekitar PERLIS

Saturday 20 April 2013

MESTI oh MESTI


Selamat hari sabtu semua.Ok, harini saya nak berkongsi maklumat tentang MESTI. Apa itu MESTI ya. Mesti ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan MESTI ini. MESTI adalah ringkasan kepada Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri. Skim ini diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kiranya, jika anda lihat ja logo ni d produk-produk makanan, anda  tak perlu risau mengenai kandungan makanan, kebersihan dan sebagainya..Dijamin selamat lah produk makanan ini.

Selama 3 hari kami berkampung di Jabaan Pertanian Bukit Temiang untuk mengikuti Kursus ni. Penat jua tapi banyak info-info yang diberikan. Kami juga berpeluang melawat Frutania Industry di Jejawi. Kilang ni dah dapat pensijilan MESTI dan HALAL. Dari pemerhatian yang dibuat, kilang ni memang bersih dan tersusun rapi. Patut la boleh dapat sijil MESTI dan HALAL. 

Lepas ni, Dadih Marissa juga akan memohon sijil MESTI ini supaya para pengguna yakin dan tidak rag-ragu  dengan produk ini. Doakan kami ya....


Taklimat sebelum masuk kilang




Bersama CIk Alia Pegawai Pemakanan dari Jabatan Kesihatan Perlis.



Peserta-peserta bengkel