Monday 14 December 2015

HARI PELADANG SARAWAK : SDSI MELAKA : LANGKAWI

Alhamdulillah harini berkesempatan memenuhi ruang blog dadih marissa. Awal bulan lepas team dadih marissa super busy dengan event event sekitar Malaysia.

Buat kali pertama kami turun di Sarawak. Sambutan orang Sarawak memang power lah. Hari ke 3 di Hari Peladang Penternak & Nelayan Sarawak, stok serbuk dadih marissa licin. Terima kasih kerana memilih produk kami sebagai juadah pencuci mulut anda.

Selepas di Sarawak, kami terus ke Melaka untuk rangka promosi produk di program Satu Desa Satu Industri MITC Melaka. Selama 4 hari berkampung di sini, booth Perlis penuh sesak dengan kebanjiran warga Melaka. 

Dalam pada masa yang sama, team ke2 Dadih Marissa berada di Mahsuri Hall Langkawi untuk rangka promosi SERBUK DADIH HARUMANIS. 

Tamat sudah program-program untuk tahun ini. Alhamdulillah berkat usaha tahun 2015, jenama Dadih Marissa makin dikenali ramai. Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong kami walau dimana anda berada..Anda memang best lah..

 [SDSI MELAKA]

[SDSI MELAKA]

[SDSI MELAKA]

[SDSI MELAKA]

[LANGKAWI]
Excited dapat buat sale laju-laju

[LANGKAWI]